Lost In The Air….Cuti oh cuti – Bahagian Satu

Kak Long baru pulang dari bercuti semalam.  Kak Long memang tidak membawa lap-top sebab Kak Long tahu,  Kak Long tidak akan mempunyai masa untuk menulis di blog ini.

Seperti yang Kak Long ceritakan dalam dua entri terdahulu, rancangan yang telah Kak Long susun semenjak akhir tahun dahulu telah lebur menjadi debu. Sebaik sahaja Kak Long menerima hakikat bahawa Kak Long terpaksa melupakan percutian yang itu, maka  Kak Long pun terus merancang percutian yang ini.

Kak Long bertolak ke sebuah negeri pada hari Jumaat. Oleh sebab, tiada lapangan terbang yang berhampiran, maka setelah mendapat khidmat nasihat tak berbayar daripada beberapa orang teman, maka Kak Long pun mengambil keputusan untuk menaiki bas ekspress.

Setelah menanti lebih kurang 20 minit lebih daripada masa tercatat di tiket, barulah bas bergerak meninggalkan terminal bas. Hmmm, excited juga nak naik bas. Dah lama tak naik bas ekspress. Kali terakhir masa belajar di sebuah universiti di utara dulu lah. Lepas tu, memang tak pernah lagi naik bas ekspress. Naik bas sekolah tu adalah waktu bawa budak untuk lawatan atau perlawanan.

lebuhraya

Perjalanan dijangka selama 5 jam. Ingatkan naik bas ekspress Super VIP tentulah best tapi rupanya naik bas yang buat Kak Long yang suprise. Dulu masa belajar, dah lama, ingatkan sekarang ni tambang dah naik, tentu taraf bas ekspress pun naik.

Yang pertama membuat Kak Long suprise, keadaan dalam bas yang nampak macam tak berjaga. Agaknya silap Kak Long, tak reti pilih bas. Nampak kat gambar yang di kaunter, memang cantik. Tapi bila naik atas bas memang boom! Tak sampai hati nak ambil gambar dalam bas tu. TV pun tak ada, walaupun ada tempat TV yang usang.  Mungkin bas-bas lain okay kot.  Huhuuuu….

Sekali lagi apabila setelah beberapa jam di dalam bas, bas pun berhenti di satu perhentian dekat Slim River. Setahu Kak Long, R&R yang dibina oleh PLUS sekarang ni dah sangat selesa untuk berehat, makan dll………tambahlah sendiri apa yang nak ditambah. Tapi Kak Long pelik, ngapa pulak bas tu keluar daripada lebuhraya dan kemudian berhenti kat satu tempat makan atau perhentian yang pada jasad dan perasaan Kak Long memang tak selesa.

basBas ni bukanlah bas yang Kak Long naiki, tapi bas yang berhenti di sebelah bas yang Kak Long naiki tu. Sepatutnya nak makan, sebab perut dah berkeroncong, tapi memandangkan keadaan tempat rehat macam tu, lupakan sajalah niat di hati.

Ada lagi yang suprise tentang perjalanan ini……

Insya Allah akan Kak Long sambung lagi.

3 comments on “Lost In The Air….Cuti oh cuti – Bahagian Satu

  1. Waa Kak Long pi mana ni… hehe, Pulau Pangkor kah? Main tembak ja Iza ni hehe.
    Kalau naik sesetengah bus memang depa selau berenti diluar kawasan Kak Long. Kedai “kaki” diaorang lah tu. Walaupun tak puas hati terpaksa terima ja. Tapi kalau Transnasional, Mara, Plusliner mmg takkan keluar dari h/way.

    • @maza,
      Kak Long pun dah lama tak naik bas.
      Lagipun itulah bas yang terawal yang ke arah sana.
      Jadi, main redah je lah.
      Lain kali kena berhati-hati.

      @iza,
      dah dekat lah tu!
      cuba teka….
      agaknya memang kedai tu ada kena mengena dgn driver kot!
      Iyalah, Kak Long patut naik bas Transnasional, Mara @ Plusliner.
      Kak Long ingat semua bas akan berhenti kat R & R.

Tinggalkan komen