Deria rasa

Sejak semalam, salah satu nikmat hidup saya  di tarik balik. Rasa masin dan manis memang satu nikmat dalam hidup itu. Namun sejak semalam juga, bagi saya rasa masin dan manis  telah tiada. Kehilangan deria rasa dan kesakitan yang saya alami adalah kerana lidah dan lelangit saya bagai terluka. Sebenarnya saya mula berasakannya semasa hari pertama saya bercuti, namun kerana sedang bercuti, saya abaikan sahaja. Rupanya, menjadi kesilapan saya kerana membiarkannya semakinn hari semakin menjadi. Mungkin kerana cuaca yang panas, berada dalam penyaman udara dalam masa yang lama, minum minuman berais secara berleluasa dan makan buah mangga (yang banyak terdapat di sana dan rasanya yang sangat manis itu membuatkan saya lupa diri, huhuhu…. menyebabkan lidah, dan lelangit luka.

Kehilangan deria rasa yang satu ini sebenarnya menjadikan saya semakin sedar bahawa apa yang ada pada kita ini memang nikmat yang tiada tolok bandingnya. Semuanya hanya pinjaman semata. Bila salah satu daripadanya ditarik balik, memang amat mengesankan. Saya tidak dapat lagi menikmati makanan yang saya makan. Rasa sakit bila makan dan minum memang menyiksakan. 

Saya cuba melihat diri. Segala yang ada pada kita hanya sementara. Biarpun saya percaya nikmat yang hilang ini hanya seketika, saya amat bersyukur kerana Dia memberi peringatan kepada saya betapa perlunya saya bersyukur atas segala nikmatNya.

Satu Syaaban telah menjelma. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan kasih sayangNya.  

10 comments on “Deria rasa

  1. Ooo……Tie amat simpati, tapi tak pe laa…. nanti sembuh la tu….

    Ia juga satu peringatan untuk semua. Kena bersyukurlah atas apa yang kita nikmati sekarang. 😀

  2. musim panas camni tak buleh minum ais sangat tapi kekdg tak hilang dahaga kalo minum air masak ya. Saya lalu tepi jalan tengok durian pun takut nak beli bila mengenangkan cuaca sekarang.

  3. >>>
    Ooo…terima kasih Tie.
    Ingatkan diri Kak Long yang Kak Long kena bersyukur juga bila ditimpa hal sebegini kerana bila kurang rasa, kuranglah makan.
    Hehehe, ni kira diet gak ni..

    >>>
    memang kita patut kurangkan ais atau kalau tak minum langsung lagi bagus.
    bukan tak tahu yang ais ni tak elok diminum tapi, ntah kenapa kekadang tu saja cari penyakit.hehehe..
    kak long pun tak berani makan durian walaupun kekadang nampak macam dia melambai-lambai je kat kak long….

    >>>
    salam en me…
    oh kasihanilah daku….
    terima kasih singgah kat blog kak long.
    .

    • @Kujie,
      Ya, kena hidup sebagaimana adanya dan syukuri dan gunakan segala nikmat yang masih dipinjamkan kepada kita sebaik mungkin.

      Kadangkala Dia mengambil semula satu nikmatnya untuk dianugerahi lebih banyak nikmat yang kita tak sangka.
      Kita doa sama-sama ya!

  4. salam kak long

    huhuhu.. komen awal maza dah kena telan dgn blogspot.. huhuhu

    dah hilang dari sini.. huhuhu

    anyway, skrg ni pun musim sakit2.. so hati-hatilah ketika di jalan raya yea….

  5. salam maza,
    hihihi, komen awal mazapun dah kena penyakit malu-malu untuk menunjukkan wajahnya.

    memang risau dengan penyakit yang sedang menular sekarang. …
    di jalan raya pun lagi banyak penyakit.

  6. salam, saya sekarang ni dah masuk sebulan setengah mengalami kehilangan rasa dan bau. Melalui pemeriksaan doktor ada kesan sinus di hidung dan kelenjar tiroid kurang sihat. Jadi saya sekarang mengambil rawatan colour vibration treatment. Alhamdulillah , bau dah sembuh semula dan lidah boleh merasa sikit.

    • Salam..k.nor saya yengah selsema hidung tersumbat sekarang….mmg hilang deria.bau dan rasa..bole.k nor share ape.itu colour vibration.treatment?tq

Tinggalkan komen