Menyesuaikan diri dengan hujan dan panas

Baru dua hari sekolah dibuka semula selepas cuti seminggu.
Terlalu banyak tugas yang perlu diberikan perhatian segera.
Projek jabatan perlu segera dikemaskini,
Tambahan skrip jawapan untuk peperiksaan percubaan SPM telah berada di tangan.
Begitu juga tugasan di bulan Ramadan yang masih belum selesai.
Justeru, terpaksalah menjauh sebentar walaupun setiap hari laptop ini di bawa ke sana ke mari…

Kapal dagang melabuhkan sauh,
Memunggah barang hingga ke kuala,
Baru sebentar pergi menjauh,
Rindu hendak berblog semula.

20 comments on “Menyesuaikan diri dengan hujan dan panas

    • Memang hari pertama lepas cuti, rasa tak cukup masa nak bercerita macam-macam hal…bila banyak sangat tugas yang menanti bila lepas cuti, rasa kalau tak cuti lagi bagus….boleh siapkan kerja tu segera.

  1. Jalan2 pagi2.. yey Iza suka biru 🙂
    Waaa semua orang tengah sibuk sekarang ni.
    Adik bongsu Iza pun tengah bergelut dengan trial SPM jugak… 🙂

    • Kak Long pernah baca yang biru itu lambang keikhlasan..chey wah!
      Tapi cuma suka aje tengok biru ni, tenang dan lembut.
      Memang semua sibuk sangat…
      Tapi masih curi2 berblog.

  2. kakLong…
    orang menguntil biskut raya…
    kita memilin kertas periksa…

    Bulan puasa ni, ‘speed’ pemeriksaan pun ada slow…kuasa kuda rendah!

    Memeriksa sambil-sambil meneruskan bacaan Mushaf Yang Khaliq….
    Majlis khatam Quran kat sekolah minggu depan…dan perjalanan ku masih jauh…

    • Wah…berseni ayat tu!
      Sangat setuju ckLah..kekadang tu, baru beberapa skrip dah nak terlelap.

      Majlis khatam kat sekolah Kak Long minggu akhir tu.
      Insya Allah…tengah pulun…

    • Waalaikumsalam..
      Hahaha…..betul tu pakcikli..
      Kisah benar ya?
      Candu blogger ni bahaya juga ya!

      Lenggang Mak Limah membawa raga
      Langkah di atur bersama-sama
      Walau terkena candu blogger,
      Tugas kewajipan perlu diutama.

  3. askum kak long…

    Lepas cutibiasa lah…apa yang dirancang sebelum cuti semuanya dah lupa..

    kail pendek dijual murah,
    kadang kadang tersangkut haruan,
    hati bersih lagi cerah,
    segala tugasan mesti bereskan.

    jom ziarah ke laman saya…syukran

    • Terima kasih sudi berkunjung.
      Insya Allah..semoga dapat bertukar fikiran.

      Pergi ke pasar membeli ikan,
      Untuk hidangan majlis berzanji,
      Tugasan mesti terus dibereskan,
      Sebelum tiba hari dijanji.

Tinggalkan komen