H1N1 lagi…

Mendengar berita tentang kes kematian terbaru yang membabitkan H1N1 tu tambah membimbangkan. Hari ini, cuaca muram. Kelas semakin susut bilangan pelajar kerana sesiapa yang demam diberikan cuti oleh doktor dan dibenarkan pulang ke kampung. Belum ada pengesahan tentang pelajar dijangkiti virus ini walaupun semalam seorang pelajar ditahan di wad.

Hari ini banyak membaca dan mencari info tentang penyakit. Berguna juga untuk memberi panduan kepada pelajar.  Kak Long terjumpa bebarapa blog yang memaparkan tentang virus ini. Salah satu daripadanya, blog Jard, yang mengandungi banyak juga info tentang virus H1N1 ini. Selain itu, blog Kementerian Kesihatan juga ada memaparkan laporan terkini tentang H1N1.

Kenapa virus ini seakan sukar dikawal? Walaupun beberapa langkah diambil termasuk menutup institusi pengajian dan sekolah, namun selagi tiada kesedaran dan sifat tanggungjawab, pasti sukar untuk dikekang. Hari ini pun Kak Long dapat berita, orang yang sepatutnya dikuarantin di rumah, masih sempat mengunjung Pesta Flora di Putrajaya. (Kisah benar…. Sila percaya!)  Patutkah mereka memandang ringan hal ini sedangkan ketidakprihatinan mereka ini mengundang risiko yang besar?

Hari ini berada di sekolah sampai ke petang. Jadi, malam ni tak nak  cerita banyak sangat. Nak berehat di depan komputer,  makan  kacang sambil menjelajah ke blog teman-teman…..

kacang

10 comments on “H1N1 lagi…

  1. H1N1……penyakit zaman skrg yg tiada penawar selain kembali ke jln ALLAH.
    Zaman tokkadok dolu2 mana ada penyakit2 cenggini…kan,Kak Long.

    Akak sy yg mengajar di Miri, S`wak ckp kat sana H1N1 mmg teruk. Huuhuhuhu…takutttt.

  2. tu lar kak long… malam semalam anak perempuan tu demam lagi selepas seminggu semput. risau nya… klinik 3 kali dah, pergi hospital sg buloh tolak pergi pulak ke selayang dia check ala kadar aje… frust nya. nasib pergi ke klinik masa dia baru lahir dulu, kat situ lar ambik darah masa tu juga dapat keputusan. syukur takda penyakit bahaya ni….. hari ni baru dia sekolah. barular kurang rasa risau dihati.

  3. Intan demam dah kebah tapi belum baik sgt..saya masih tak bagi dia pergu sekolah…takut nanti balik demam semula.

    khabarnya dah 30 orang murid demam kt sekolah…tapi syukurlah belum ada yg disyakir h1n1 tu.

  4. Asalamualaikum,

    kian cangih kehidupan manusia
    kian cangihlah penyakitnya
    jangan jadikan pilihan kedua
    memohon pertongan yang maha esa

    itulah pahlawan sekarang
    suka pula makan kacang

    jika pahlawan dulu dulu
    sering makan pucuk paku

    jangan marah, salam hormat.

  5. hehehe.. ade link ku..

    h1n1 nie sama je simptom dgn demam biasa.. tu yg mengerikan.. sbb akan sentiasa diselubungi rasa takut.. huhuhu..

    thanks for the link.. terharu den..

    • Salam buat semua,
      @zyma,
      Hmmm, zaman canggih, virus pun canggih juga.
      Semoga kita selalu ingat bahawa hanya Allah yang berkuasa menyembuhkan segalanya.
      Cuma kita perlu berusaha.
      …..
      …..
      @Izan,
      Ada juga yang mengadu doktor cuma tanya dan bagi mc aja.
      Tak tahulah betul ke tidak.
      Tapi Kak Long fikir, kalau nak bendung, semua pihak perlu bekerjasama.
      ….
      ….
      @Kujie,
      Baguslah jika dah dapatkan rawatan awal.
      Moga intan sihat sepenuhnya.
      …….
      ……
      @pakcikli00
      pahlawan sekarang makan kacang,
      idea pun hadir untuk mengarang.
      …….
      …….
      @Lyiana
      Amin…
      Insya Allah, akan Kak Long lawati.
      …..
      …..
      @maza,
      harap tak ada turn sesiapa pun.
      …..
      …..
      @juliet,
      Sepatutnya begitulah…
      Walaupun belum ada tanda sakit, tapi tak tahu sama ada virus tu dah ada pada kita tak.
      Penyakit ni mudah merebak kerana tiada kesedaran sebegitu.
      ……
      ……
      @cc,
      Marilah sama-sama kita berdoa.
      …..
      …..
      @jard,
      Info yang berguna, dipanjang-panjangkan…
      …..
      …..
      Terima kasih.

Tinggalkan komen