Ramadan usah pergi

Hati semakin sebak mengingatkan bahawa Ramadan sudah sampai ke penghujungnya.

Tahun ini, menyambut ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan memang berbeza.

Pelbagai perasaan bermain di hati. Namun Ramadan kali ini juga amat istimewa kerana berkesempatan mencium tangan dan dicium tangan oleh iman terawikh. Anakanda bujang Kak Long diberi juga kesempatan menjadi imam solat fardu dan solat terawikh. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Dalam Ramadan kali ini, dalam ujian yang melanda dunia, juga begitu banyak nikmat yang Allah berikan. Terasa terlalu cepat sampai ke penghujungnya.

Oh Ramadan, usah pergi!!!

Perintah Kawalan Pergerakan Hari 4

Walaupun RMO ni baru 4 hari, tapi Kak Long memang dah seminggu lebih tak keluar ke mana-mana kecuali sekali ke Tesco untuk membeli barangan dapur sebelum RMO berkuat-kuasa.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Waktu untuk makan dan solat berjemaah setiap ahli keluarga lebih mudah berbanding sebelum ini. Aktiviti ini yang paling menyeronokkan kerana tidak wujud lagi sebarang alasan tiada di rumah atau pergi bekerja ketika itu.

Biarpun kita sama-sama berdoa agar pendemik Covid 19 ini segera berlalu, namun hargailah setiap waktu yang ada ini dengan menambahkan amal dan aktiviti berfaedah bersama ahli keluarga di rumah. Sambil itu, doakan agar barisan hadapan kita sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan untuk melaksanakan tugas.

 

#catatanharike-4

Laksa Sarang, Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Johor

Laksa Penang dan Laksa Kedah memang laksa kegemaran Kak Long. Bila saya nampak gambar bunga kantan dalam folder komputer Kak Long, terus Kak Long teringatkan laksa. Siapa suka makan laksa? Kak Long suka makan laksa. Semua jenis laksa Kak Long suka. Tak kiralah laksa Penang ke, Laksa Kedah ke, Laksa Johor ke ataupun Laksa Sarawak. Pendek kata, bagilah apa jenis laksa pun. Kak Long memang takkan tolak. Masa di asrama dulu, arwah mak pasti akan hantar laksa untuk Kak Long dan kawan-kawan satu dorm terutama kalau hari ulang tahun kelahiran Kak Long. Arwah mak akan masak banyak-banyak dan hantar ke asrama. Laksa arwah Mak memang best sangat. Pasti kawan-kawan satu dorm Kak Long masih ingat laksa tu.

Bila arwah mak dah tak ada, Kak Long masak sendiri laksa. Kalau buat majlis ‘Rumah Terbuka”, mesti ada sejenis laksa, tak kiralah laksa penang ke, laksa Johor ke. Yang pasti, ada menu laksa. Kalau nak masak kuah laksa, kena cari bunga kantan dan daun kesum. Sekarang ni, dah semakin jarang Kak Long masak Laksa. Sebab yang pertama, anak-anak lebih suka speggetti dan macaroni yang Kak Long masak daripada laksa. Tambahan pula, ikan yang fresh pun semakin mahal dan senang jumpa laksa di pasar malam walaupun selalu juga tak mampu memenuhi citarasa. Sekarang ni, bila nak makan laksa, tunggu adik Kak Long pergi Ipoh. Dia selalu pergi Ipoh. Kalau dia balik dari Ipoh, mesti dia ingat nak bawakan kakak dia laksa sarang. Best tau laksa sarang ni. Cubalah… tapi jangan tanya Kak Long di mana? Kak Long belum pernah sampai kedai Laksa Sarang tu pun. Ada kawan yang tinggal di Kuala Kangsar yang pelawa Kak Long pergi sana. Katanya, nak bawa kak Long makan Laksa Sarang Kuala Kangsar yang sedap.

Mungkin nanti ada orang yang akan share location Laksa Sarang. Kita tunggu ya!

Pertandingan Mewarna Anjuran Smart Reader dan Tesco

Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak anjuran Smart Reader dan Tesco telah diadakan di perkarangan Tesco PD pada hari Sabtu lepas. Seramai lebih kurang 80 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian. Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori iaitu bagi kanak-kanak bawah 7 tahun dan juga kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Seronok sungguh menyaksikan pelbagai ragam kanak-kanak dan ibu bapa yang turut memberikan sokongan kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian. Juga teruja melihat hasil seni kanak-kanak yang sangat menarik. Hadiah-hadiah tajaan Tesco dan Smart Reader telah disampaikan kepada pemenang selepas diadili oleh juri-juri jemputan. Antara hadiah yang disampaikan ialah hamper, baucer Tesco dan CD untuk kanak-kanak.

Ustaz Syamsul Debat dan Remaja

Hari ini buat kali ke-2, Ustaz Syamsul Debat telah berkunjung ke kolej kami untuk memenuhi undangan pihak kolej menyampaikan ceramah berkaitan dengan pelajar. Seperti biasa, kehadiran beliau memang dinanti-nantikan dan para pelajar begitu tekun mendengar apa yang disampaikan. Semoga apa yang disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat menjadi pembakar semangat dan panduan pelajar supaya menjadikan tanggungjawab mereka menuntut ilmu sebagai satu ibadah yang bukan sahaja berguna untuk diri sendiri, malahan juga untuk agama, bangsa dan negara.

Abang Bomba I love You Di Kolej

Abang Bomba I Love You di kolej. Hari ini, rata-rata frasa Abang Bomba, I Love You bertebaran di seluruh pelusuk kolej kami. Sejak lewat pagi tadi, rupa-rupanya pelajar telah terserempak dengan beberapa orang anggota berpakaian celoreng di kolej kami.

Jam 11.30 pagi, siren kecemasan mengetuk gegendang telinga warga kolej. Seperti biasa, apabila siren kecemasan bertalu-talu, maka sewajarnya setiap orang berlu bergegas ke kawasan yang telah ditetapkan melalui laluan yang telah dimaklumkan, namun masih ada yang memandang remeh segalanya.

Malang tidak berbau. Maka, setiap daripada kita perlu mengambil berat tentang setiap bentuk latihan yang diaturkan agar bila berlaku kejadian tidak diingini, maka pasti semua sudah bersedia.

Pasang telinga dan buka hati

Masuk ke trimester ke dua Semester 2, sepatutnya momentum pembelajaran perlu meningkat lebih laju lagi untuk memastikan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Tambah-tambah lagi selepas Hari Raya Qurban. Banyak ibrah yang perlu dihayati daripada peristiwa Qurban.

“Puan bercuti ke mana?” tanya pelajar-pelajar saya.

“Oh, saya melancong ke Gold Coast,……”

“Australia?” Belum sempat menghabiskan ayat telah dipotong.

“Bukan, ke Gold Coast Sepang….”

Lain kali dengar dulu sampai habis dan begitu juga bila belajar. Baca arahan atau soalan sampai selesai kerana kadang-kala, bila hanya melihat sepintas lalu

Masuk ke kelas, Kak Long  berharap pelajar lebih  bersemangat untuk belajar, tetapi sehari dua selepas sesi persekolahan bermula, mood cuti mereka belum habis. Sabar, sabar….Kak Long terpaksa bekerja keras untuk memotivasi mereka agar momentum pembelajaran mereka meningkat. Biarpun sesi motivasi tidak termasuk dalam sukatan mata pelajaran, Kak Long terpaksa memperuntukkan separuh daripada masa yang diperuntukkan untuk menyuntik semangat.

7 tahun yang lalu

Begitu cepat masa berlalu. Tanpa sedar, usia meningkat, tanggungjawab bertambah. Ada masanya, memang terlalu rindu untuk menulis, berkongsi cerita. Kak long akan cuba menghidupkan kembali blog mawarmerah2008 ini, yang merupakan medan pertama Kak Long menceburkan diri dalam dunia blogging.